Selasa, 10 Julai 2018

Pokok Pudina


Pudina (tumbuhan)
Daun Pudina merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha. Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:
Nama saintifikMentha × piperita
KedudukanSpesies

Kebiasaan saya akan guna daun pudina dengan potongan dalam halus kukus dengan telur mmg  makanan kegemaran saya. Kadang-kadang saya akan menggunakan daun pudina dengan potongan halus utk masak sup daun pudina rasa sup enak dan ada rasa mint.

Sebenarnya daun pudina boleh mengubat selesama, batuk,deman dan sebagainya dengan mereneh sup daun pudina utk minum. Pokok Pudina bukan dapat sambutan oleh kalangan orang ramai manakala pokok pudina pun banyak membawa faedah kpd manusia.


Daun Pudina atau nama saintifiknya Mentha piperita merupakan sejenis herba yang banyak khasiatnya. Ianya digunakan secara meluas dalam masakan dan juga bidang perubatan.
Khasiat Daun Pudina.
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Merawat kesihatan mulut dan gigi
  • Melegakan pernafasan dan masalah hidung tersumbat
  • Menurunkan risiko penyakit kanser
  • Mengurangkan mual
  • Menyembuhkan kegatalan pada kulit
  • Menyegarkan kulit kepala
  • Mengubati batuk dan sakit tekak

Perubatan cina menyebut pudina sebagai mempunyai ciri menyejukkan badan dan biasa digunakan untuk mengubat penyakit berkaitan paru-paru seperti demam selsema serta permulaan selsema, juga sesuai untuk membuang angin (juga gastrik. Caranya buatkan teh ‘O’ macam biasa, masukkan beberapa helai daun pudina, tutup cawan, selepas sekitar 5 minit, minum.) serta penyakit ruam kulit (juga jerawat. Caranya: buat jus pekat daun pudina, jadikan masker, untuk menjadikan kulit muka halus dan boleh atasi masalah gatal-gatal dan jerawat), juga untuk menghilangkan rasa mual dan sakit kepala (sapukan minyak yang dicampur daun pudina atau guna daun pudina segar dan hidu baunya), membantu mengubat kanser (enzim pada daun ini dikatakan dapat membantu melawan sel kanser dari terus merebak).

18 Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina

1.      Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
2.      Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.
3.      Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
4.      Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
5.      Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
6.      Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.
7.      Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
8.       Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.
9.      Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
10.  Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
11.  Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
12.  Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.
13.  Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya.
14.  Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.
15.  Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
16.  Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
17.  Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.

18.  Teh pudin adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).



Cara Menanam Pokok Pudina.

Langkah 1: Untuk semaian, pilih pokok pudina yang telah tua. Guntingkan keratan batang berukuran 10 cm. Pastikan keratan yang dipotong adalah di bawah nod supaya pucuk baru boleh tumbuh.

Langkah 2: Tanamkan 1/4 daripada keratan batang pudina yang telah dipotong ke dalam medium tanaman. Medium tanaman yang sesuai digunakan untuk menanam pokok pudina adalah peat-moss.
Ini kerana peat-moss mempunyai struktur yang mampu menyimpan air dan tidak mudah kering. Selain itu, peat-moss yang dihasilkan daripada Lumut sphagnum juga membekalkan nutrient kepada tanaman.

Langkah 3: Semburkan air sehingga medium tanaman lembap sepenuhnya. Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan petang.
Perlu diingatkan supaya pokok pudina tidak ditenggelami air semasa penyiraman dilakukan hanya sekadar memastikan medium tanaman lembap sepenuhnya.

 Langkah 4: Letakkan pasu di tempat yang teduh. Pokok pudina memerlukan pencahayaan 3 hingga 5 jam sehari, elakkan daripada terkena cahaya matahari secara terus.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan