Khamis, 12 Julai 2018


Durian Belanda





Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L. Ia bukanlah dalam kategori pokok Durian, tetapi dinamakan sedemikian kerana memiliki duri lembut pada kulitnya.
Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.
Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.


27 Kebaikan Buah Durian Belanda yang Menakjubkan untuk Kulit, Rambut dan Kesihatan
Buah Durian Belanda yang tiada biji adalah jarang memiliki isi yang banyak. Disebabkan teksturnya yang lemak berkrim, isinya sering digunakan untuk menghasilkan minuman, ais krim dan manisan-manisan yang lain. Kulitnya tidak boleh dimakan namun isinya yang berwarna putih itu cukup berkhasiat. Bijinya pula tidak boleh dimakan sama sekali disebabkan mengandungi toksik. Apabila sudah masak, buah Durian Belanda ini akan mudah dipetik dari pokoknya. Manakala bagi buah yang masih mentah, boleh disimpan di tempat yang gelap sehinggalah masak sepenuhnya.

Sejarah
Buah Durian Belanda terkenal dengan nilai – nilai perubatan. Ia mengandungi beberapa sebatian yang memiliki kebaikan dari segi perubatan yang menjadikan buah ini bermanfaat untuk pelbagai jenis penyakit. Terkini, buah Durian Belanda telah menjadi terkenal disebabkan oleh keupayaannya untuk membunuh sel kanser sehingga 10 000 kali lebih berkesan daripada penggunaan bahan – bahan kimoterapi bahkan tanpa kesan sampingan. Tambahan pula, buah, daun, akar, batang serta bijinya telah digunakan secara tradisional sejak berkurun – kurun lama dahulu. Maka, buah ini memiliki nilai – nilai pemulihan seperti mana yang terdapat di kedai – kedai ubat.

Buah Durian Belanda : Kebaikan untuk Kesihatan
Selain daripada memiliki kandungan vitamin dan mineral yang tinggi, buah Durian Belanda turut memberikan beberapa kebaikan dari segi kesihatan sebagaimana yang disarankan oleh para pengamal ubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan penghadaman seperti untuk membunuh cacing usus.

1.Membunuh Sel Kanser
Daun buah Durian Belanda telah terbukti sangat berkesan untuk membunuh 12 jenis sel kanser sebagaimana membunuh sel kolon, payu dara, prostat, paru – paru serta pankreas. Tidak sepert rawatan kimoterapi, daun buah Durian Belanda ini telah terbukti berkesan dalam membunuh 12 jenis sel kenser sekaligus mencegah penyakit kenser kolon, payu dara, prostat, paru paru dan pankreas.
Tidak seperti kimoterapi, daun ini boleh menyerang sel kenser tanpa meninggalkan apa – apa kesan sampingan seperti ketidak selesaan perut, kehilangan berat badan, keguguran rambut dan sebagainya. Tambahan pula, dengan daun Buah Durian Belanda ini, 10 000 kali lebih berkesan daripada rawatan kimoterapi dan adriamicin dalam melambatkan pertumbuhan sel kenser.
Untuk tujuan ini, 10 helai daun buah Durian Belanda tua perlu direbus dalam tiga cawan air. Air ini perlu diberikan kepada pesakit kanser sebanyak dua kali sehari dalam tempoh dua minggu sehinggalah tanda-tanda perubahan jelas kelihatan. Buahnya pula mengandungi sejenis bahan kimia iaitu acetogenin annonacinyang akan memberhentikan pertumbuhan sel-sel yang rosak sebelum menjadi kanser dan juga sangat berguna untuk melawan kenser payu dara. Daun buah ini bukan sahaja dapat membunuh sel-sel yang tidak normal malah juga membantu pertumbuhan sel secara sihat.

2.Mencegah Osteoporosis
Buah Durian Belanda mengandungi kalsium dan fosforus yang sangat bermanfaat untuk membina tulang yang kuat serta mencegah osteoporosis.

3.Meningkatkan Tenaga dan Daya Tahan
Buah Durian Belanda memiliki kandungan fruktosa yang tinggi iaitu satu bentuk gula ringkas( monosakarida ). Juga mengandungi sumber semula jadi karbohidrat, ia dapat memberikan anda kekal segar dan membekalkan tenaga secukupnya. Buah ini juga dapat meningkatkan daya tahan disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi.

4.Bermanfaat untuk Jantung dan Mencegah Kerosakan Saraf
Vitamin B1 yang terkandung dalam buah Durian Belanda ini akan membantu meningkatkan kadar metabolisme, peredaran darah dan mencegah masalah saraf. Ia juga mengandungi vitamin B2 yang sangat penting dalam penghasilan tenaga dalam badan, penyimpanan lemak serta menjaga fungsi saraf dan mengelokkan otot jantung.

5.Merawat Buasir dan Keracunan
makanan yang dihidapi oleh bayi
Buah Durian Belanda berkesan untuk merawat buasir. Maka untuk tujuan ini, perah buahnya untuk mendapatkan paling kurang satu cawan airnya dan minum dua kali sehari pada waktu pagi dan tengah hari untuk mendapatkan kelegaan. Bagi sembelit yang dihidapi oleh bayi pula, berikan 2-3 sudut makan jus buah ini kepada bayi tersebut.

6.Melegakan Sembelit
Buah ini kaya dengan serat larut dan serat tak larut yang dapat melegakan sembelit dengan cara anda akan mengeluarkan najis secara berketul-ketul dan mudah untuk dikeluarkan daripada badan.
7.Diuretik Semula Jadi
Isi buah ini mengandungi hampir 84% air yang dapat menghidratkan badan anda. Ia juga bertindak sebagai diuretik untuk merawat edema atau kekurangan air dalam badan.

8.Memberikan Tidur yang Lena
Buah Durian Belanda mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai tryptophan yang memberikan rasa ketenangan dan mengantuk. Maka, ia sememangnya sangat bagus untuk mereka yang menghidapi isnomnia. Daunnya juga sering digunakan dalam rawatan aromaterapi dan membantu untuk tidur. Buahnya pula membantu untuk mengawal tekanan darah dan hipertensi.

9.Merawat Jangkitan di Saluran Air Kencing
Disebabkan oleh kelembapannya yang tinggi, buah Durian Belanda sangat berkesan untuk merawat dan mencegah jangkita pada saluran air kencing atau dikenali sebagai urinary tract infections ( UTI ), urethritis dan hematuria. Jusnya boleh diminum begitu sahaja untuk penghidap urethritis, hematuria dan jangkitan ringan pada hati.

10.Membunuh Parasit dalam Badan
Buah Durian Belanda kaya dengan nutrian yang sangat penting dalam pertumbuhan badan. Nutrien seperti asid amino, asid askorbik, kalsium, karbohidrat, zat besi, fosforus, thiamine, serat dan riboflavin merupakan nutrien-nutrien yang menghalang jangkitan parasit dalam badan.

11.Vitamin C
Buah Durian Belanda juga kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan yang sangat baik. Ia meningkatkan daya tahan dan melambatkan proses penuaan.

12.Melawan Radikal-radikal Bebas
Asid askorbik yang terkendung dalam buah Durian Belanda dapat menigkatkan kandungan antioksidan dalam badan yang mana memainkan peranan penting dalam melawan radikal-radikal bebas seterusnya menghalang jangkitan-jangkitan sebelum ia merebak.

13.Melegakan Kesakitan
Daun buah Durian Belanda dipercayai mengandungi sifat-sifat analgesik yang dapat melegakan kesakitan. Daun ini sering kali dikunyah atau diletakkan pada luka-luka yang terbuka. Jusnya pula sangat berkesan untuk menyembuhkan luka dalam tempoh untuk mengurangkan kesakitan. Apabila kesakitan menjadi bertambah, rebuskan 20 helai daunnya dan minum ¾ cawan sekali sehari untuk mendapatkan kelegaan.

14.Merawat Ulser Mulut
Jika anda mengalami ulser mulut, anda bolehlah menumbuk daun buah Durian Belanda bersama air dan letakkan pada bahagian yang sakit. Dengan cara ini akan mengurangkan saiz ulser tersebut sedikit demi sedikit sehingga sembuh tanpa melukainya.

15.Merawat Demam
Teh yang dibuat daripada buah Durian Belanda dapat membantu mengurangkan suhu badan. Di Afrika, kanak-kanak dimandikan dengan air daun buah Durian Belanda untuk merawat demam.

16.Menguatkan Sistem Imuniasi
Buah Durian Belanda mengandungi bahan-bahan seperti acetogenin, annacatacin, annocatalin, annonacin, annohexocin, annomuricin, anomurine, anonol, asid gentistik, asid linoleik dan muricarpentocin yang membantu badan kita sentiasa sihat dan meningkatkan keupayaan imuniti untuk melawan pelbagai jenis penyakit.

17.Merawat Hipertensi
Buah Durian Belanda mengandungi nisbah potasium yang tinggi iaitu ( 278 mg / 100 g ) berbanding sodium ( 14 mg / 100 g ) yang mana menjadikan ia sangat berguna untuk mereka yang mengidapi hipertensi.

18.Antiseptik
Ramun yang dihasilkan daripada pucuk-pucuk muda daun buah Durian Belanda secara semula jadi bagus untuk mengurangkan masalah pundi kencing begitu juga batuk, kahak, jangkitan usus, demam dan ketidakhadaman. Bunga buah Durian Belanda pula boleh mengurangkan kahak. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk merawat batu karang, antisembelit, asid urik dan juga meningkatkan selera makan.

19.Berkesan Melegakan Sakit Belakang
Kini anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada ubat-ubat tahan sakit yang biasanya diambil untuk melegakan sakit belakang. Minumlah teh daun buah Durian Belanda. Pastikan the tersebut merupakan teh yang pekat. Minum lebih kurang ¾ cawan teh pekat sekali sehari untuk mendapatkan kelegaan yang cepat. Anda juga boleh menjadikannya ramuan untuk sapuan untuk mengurangkan rasa sakit pada belakang.

20.Rawatan Semula Jadi bagi Arthritis dan Rheumatism
Penggunaan ramuan ini pada badan dipercayai mampu untuk menghilangkan kesakitan dan bengkak disebabkan oleh arthritis dan rheumatism. Anda boleh merendamkan hujung satu kain yang bersih ke dalam teh daun buah Durian Belanda dan telakkan kain tersebut pada kawasan yang sakit dua kali sehari untuk mendapatkan melegakan kesakitan.

21.Membantu Mengawal Kandungan Gula dalam Darah
Kajian menunjukkan bahawa nutiren yang terkandung dalam teh ini dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang merupakan sangat bermanfaat buat mereka yang menghidapi diametis tahap.

22.Baik untuk Hati Anda
Air teh yang dibuat daripada daun Durian Belanda diketahui menjadi tonik hati yang bagus. Selain daripada mengurangkan masalah hati, ia juga bertindak sebagai pelindung kepada hati. Selain itu, berkesan juga untuk merawat kesan-kesan daripada jangkitan punci kencing termasuklah batu karang.

Satu Peringatan
Pengambilan teh Durian Belanda secara berlebihan juga turut memberikan kesan sampingan iaitu penjejasan fungsi saraf dan akhirnya menyebabkan penyakit Parkinson. Kajian juga turut mencadangkan agar wanita hamil dan yang menyusukan anak perlu mengelakkan diri daripada mengambil teh ini untuk menjaga kesihatan mereka.

Durian Belanda : Manfaat kepada Kulit
Kualiti kulit anda akan menentukan sejauh mana baiknya penampilan anda. Kulit muka yang tidak berjerawat dan cerah bergantung kepada sejauh mana anda mengambil nutrien dalam pemakanan anda. Walaubagaimanapun, kekurangan nutiren yang penting serta terdedahnya kulit kepada bahan kimia dan pencemaran di luar menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kulit.
Buah Durian Belanda kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang sangat baik untuk kulit. Maka, berikut merupakan antara kebaikan untuk kulit anda yang diberikan oleh buah ini.

23.Merawat Kulit Menggelupas
Buah Durian Belanda memiliki keupayaan penyembuhan yang sangat berkesan. Sapukan daun buah Durian Belanda kepada kawasan kulit yang menggelupas untuk penyembuhan segera. Untuk merawat bisul pada kulit gunakan daun ini. Letakkan beberapa helai daun Durian Belanda yang segar pada tempat yang sakit. Ini akan dapat mengurangkan kesakitan.

24.Merawat Luka
Bahagian isi buah Durian Belanda boleh digunakan untuk merawat luka pada bahagian yang terluka atau tercedera dalam tempoh tiga hari. Semua ini bukan sahaja dapat mempercepat kadar penyembuhan bahkan juga berupaya menghalang pembiakan bakteria. Selain itu, dengan menggunakan daun ini juga mampu untuk merawat kaki yang bengkak.

25.Merawat Ekzema dan Masalah lain Kulit
Daun buah Durian Belanda yang dilumatkan juga boleh menjadi ramuan untuk mengurangkan ekzema dan penyakit kulit yang lain. Untuk penyakit kusta, boleh diambil jus Durian Belanda ketka berpuasa.

26.Manfaat anti-Penuaan
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, buah Durian Belanda sememangnya kaya dengan sumber vitamin C dan asid askorbik yang membantu meningkatkan kadar antioksidan. Antioksidan ini memainkan peranan yang penting dalam melawan radikal-radikal bebas yang menjadi punca kepada penuaan kulit.Dengan cara membuang radikal-radikal bebas ini, maka secara tidak langsung akan menungurangkan tanda-tanda penuaan kulit seperti garis-garis halus, jeragat dan pigmentasi.

Durian Belanda : Manfaat kepada Rambut
Seperti yang kita sedia tahu, kesihatan rambut merupakan satu indikasi tentang kesihatan badan kita. Hal ini disebabkan oleh folikel-folikel rambut memerlukan bekalan nutrian yang cukup untuk tumbesarannya. Kekurangan sesetengah vitamin yang penting, mineral dan nutrian akan menyebabkan masalah rambut seperti rambut menjadi nipis, kelimumur, keguguran rambut, rambut menjadi perang dan sebagainya. Secara amnya nilai nutrisi yang terkandung dalam buah ini amat baik untuk rambut yang sihat.

27.Merawat Kutu Kepala
Daun buah Durian Belanda juga berkesan untuk mengelakkan parasit daripada membiak di kepala. Kutu kepala merupakan antara parasit yang mudah membiak maka secara tidak langsung akan menjejaskan kesihatan rambut. Ramuan yang dibuat daripada daun buah Durian Belanda boleh disapu pada kulit kepala untuk membuang kutu kepala.

Durian Belanda : Nilai Nutrisi
Buah Durian Belanda mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga vitamin B seperti thiamin, riboflavin dan niacin begitu juga dengan mineral seperti kalsium, fosforus dan juga sedikit zat besi. Buah ini terdiri daripada 67.5 % pulpa, 20 % kulit, 8.5 % biji dan 4 % kerak. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan