Durian Belanda
Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak,
Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona
muricata L. Ia bukanlah dalam kategori pokok Durian,
tetapi dinamakan sedemikian kerana memiliki duri lembut pada kulitnya.
Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal
dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang
kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.
Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak).
Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.
Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri
yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji, dan sering juga dibuat
jus, sorbet dan sebagainya.
27 Kebaikan Buah Durian Belanda yang
Menakjubkan untuk Kulit, Rambut dan Kesihatan
Buah Durian
Belanda yang tiada biji adalah jarang memiliki isi yang banyak. Disebabkan
teksturnya yang lemak berkrim, isinya sering digunakan untuk menghasilkan
minuman, ais krim dan manisan-manisan yang lain. Kulitnya tidak boleh dimakan
namun isinya yang berwarna putih itu cukup berkhasiat. Bijinya pula tidak boleh
dimakan sama sekali disebabkan mengandungi toksik. Apabila sudah masak, buah
Durian Belanda ini akan mudah dipetik dari pokoknya. Manakala bagi buah yang
masih mentah, boleh disimpan di tempat yang gelap sehinggalah masak sepenuhnya.
Sejarah
Buah Durian
Belanda terkenal dengan nilai – nilai perubatan. Ia mengandungi beberapa sebatian
yang memiliki kebaikan dari segi perubatan yang menjadikan buah ini bermanfaat
untuk pelbagai jenis penyakit. Terkini, buah Durian Belanda telah menjadi
terkenal disebabkan oleh keupayaannya untuk membunuh sel kanser sehingga 10 000
kali lebih berkesan daripada penggunaan bahan – bahan kimoterapi bahkan tanpa
kesan sampingan. Tambahan pula, buah, daun, akar, batang serta bijinya telah
digunakan secara tradisional sejak berkurun – kurun lama dahulu. Maka, buah ini
memiliki nilai – nilai pemulihan seperti mana yang terdapat di kedai – kedai
ubat.
Buah Durian Belanda : Kebaikan untuk
Kesihatan
Selain daripada
memiliki kandungan vitamin dan mineral yang tinggi, buah Durian Belanda turut
memberikan beberapa kebaikan dari segi kesihatan sebagaimana yang disarankan
oleh para pengamal ubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit
yang berkaitan dengan penghadaman seperti untuk membunuh cacing usus.
1.Membunuh
Sel Kanser
Daun buah Durian
Belanda telah terbukti sangat berkesan untuk membunuh 12 jenis sel kanser
sebagaimana membunuh sel kolon, payu dara, prostat, paru – paru serta pankreas.
Tidak sepert rawatan kimoterapi, daun buah Durian Belanda ini telah terbukti
berkesan dalam membunuh 12 jenis sel kenser sekaligus mencegah penyakit kenser
kolon, payu dara, prostat, paru paru dan pankreas.
Tidak seperti
kimoterapi, daun ini boleh menyerang sel kenser tanpa meninggalkan apa – apa
kesan sampingan seperti ketidak selesaan perut, kehilangan berat badan,
keguguran rambut dan sebagainya. Tambahan pula, dengan daun Buah Durian Belanda
ini, 10 000 kali lebih berkesan daripada rawatan kimoterapi dan adriamicin
dalam melambatkan pertumbuhan sel kenser.
Untuk tujuan
ini, 10 helai daun buah Durian Belanda tua perlu direbus dalam tiga cawan air.
Air ini perlu diberikan kepada pesakit kanser sebanyak dua kali sehari dalam
tempoh dua minggu sehinggalah tanda-tanda perubahan jelas kelihatan. Buahnya
pula mengandungi sejenis bahan kimia iaitu acetogenin annonacinyang
akan memberhentikan pertumbuhan sel-sel yang rosak sebelum menjadi kanser dan
juga sangat berguna untuk melawan kenser payu dara. Daun buah ini bukan sahaja
dapat membunuh sel-sel yang tidak normal malah juga membantu pertumbuhan sel
secara sihat.
2.Mencegah Osteoporosis
Buah Durian
Belanda mengandungi kalsium dan fosforus yang sangat bermanfaat untuk membina
tulang yang kuat serta mencegah osteoporosis.
3.Meningkatkan Tenaga dan Daya Tahan
Buah Durian
Belanda memiliki kandungan fruktosa yang tinggi iaitu satu bentuk gula ringkas(
monosakarida ). Juga mengandungi sumber semula jadi karbohidrat, ia dapat
memberikan anda kekal segar dan membekalkan tenaga secukupnya. Buah ini juga
dapat meningkatkan daya tahan disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi.
4.Bermanfaat untuk Jantung dan Mencegah Kerosakan Saraf
Vitamin B1 yang terkandung dalam buah Durian Belanda ini akan
membantu meningkatkan kadar metabolisme, peredaran darah dan mencegah masalah
saraf. Ia juga mengandungi vitamin B2 yang sangat penting dalam penghasilan
tenaga dalam badan, penyimpanan lemak serta menjaga fungsi saraf dan
mengelokkan otot jantung.
5.Merawat Buasir dan Keracunan
makanan yang dihidapi oleh bayi
Buah Durian
Belanda berkesan untuk merawat buasir. Maka untuk tujuan ini, perah buahnya
untuk mendapatkan paling kurang satu cawan airnya dan minum dua kali sehari
pada waktu pagi dan tengah hari untuk mendapatkan kelegaan. Bagi sembelit yang
dihidapi oleh bayi pula, berikan 2-3 sudut makan jus buah ini kepada bayi
tersebut.
6.Melegakan Sembelit
Buah ini kaya
dengan serat larut dan serat tak larut yang dapat melegakan sembelit dengan
cara anda akan mengeluarkan najis secara berketul-ketul dan mudah untuk
dikeluarkan daripada badan.
7.Diuretik Semula Jadi
Isi buah ini
mengandungi hampir 84% air yang dapat menghidratkan badan anda. Ia juga
bertindak sebagai diuretik untuk merawat edema atau kekurangan air dalam badan.
8.Memberikan Tidur yang Lena
Buah Durian
Belanda mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai tryptophan yang
memberikan rasa ketenangan dan mengantuk. Maka, ia sememangnya sangat bagus
untuk mereka yang menghidapi isnomnia. Daunnya juga sering digunakan dalam
rawatan aromaterapi dan membantu untuk tidur. Buahnya pula membantu untuk
mengawal tekanan darah dan hipertensi.
9.Merawat Jangkitan di Saluran Air Kencing
Disebabkan oleh
kelembapannya yang tinggi, buah Durian Belanda sangat berkesan untuk merawat
dan mencegah jangkita pada saluran air kencing atau dikenali sebagai urinary
tract infections ( UTI ), urethritis dan hematuria. Jusnya boleh
diminum begitu sahaja untuk penghidap urethritis, hematuria dan jangkitan
ringan pada hati.
10.Membunuh Parasit dalam Badan
Buah Durian
Belanda kaya dengan nutrian yang sangat penting dalam pertumbuhan badan.
Nutrien seperti asid amino, asid askorbik, kalsium, karbohidrat, zat besi,
fosforus, thiamine, serat dan riboflavin merupakan nutrien-nutrien yang
menghalang jangkitan parasit dalam badan.
11.Vitamin C
Buah Durian
Belanda juga kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan yang sangat baik.
Ia meningkatkan daya tahan dan melambatkan proses penuaan.
12.Melawan Radikal-radikal Bebas
Asid askorbik
yang terkendung dalam buah Durian Belanda dapat menigkatkan kandungan
antioksidan dalam badan yang mana memainkan peranan penting dalam melawan
radikal-radikal bebas seterusnya menghalang jangkitan-jangkitan sebelum ia
merebak.
13.Melegakan Kesakitan
Daun buah Durian
Belanda dipercayai mengandungi sifat-sifat analgesik yang dapat melegakan
kesakitan. Daun ini sering kali dikunyah atau diletakkan pada luka-luka yang
terbuka. Jusnya pula sangat berkesan untuk menyembuhkan luka dalam tempoh untuk
mengurangkan kesakitan. Apabila kesakitan menjadi bertambah, rebuskan 20 helai
daunnya dan minum ¾ cawan sekali sehari untuk mendapatkan kelegaan.
14.Merawat Ulser Mulut
Jika anda
mengalami ulser mulut, anda bolehlah menumbuk daun buah Durian Belanda bersama
air dan letakkan pada bahagian yang sakit. Dengan cara ini akan mengurangkan
saiz ulser tersebut sedikit demi sedikit sehingga sembuh tanpa melukainya.
15.Merawat Demam
Teh yang dibuat
daripada buah Durian Belanda dapat membantu mengurangkan suhu badan. Di Afrika,
kanak-kanak dimandikan dengan air daun buah Durian Belanda untuk merawat demam.
16.Menguatkan Sistem Imuniasi
Buah Durian
Belanda mengandungi bahan-bahan seperti acetogenin, annacatacin, annocatalin,
annonacin, annohexocin, annomuricin, anomurine, anonol, asid gentistik, asid
linoleik dan muricarpentocin yang membantu badan kita sentiasa sihat dan
meningkatkan keupayaan imuniti untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
17.Merawat Hipertensi
Buah Durian
Belanda mengandungi nisbah potasium yang tinggi iaitu ( 278 mg / 100 g )
berbanding sodium ( 14 mg / 100 g ) yang mana menjadikan ia sangat berguna
untuk mereka yang mengidapi hipertensi.
18.Antiseptik
Ramun yang
dihasilkan daripada pucuk-pucuk muda daun buah Durian Belanda secara semula
jadi bagus untuk mengurangkan masalah pundi kencing begitu juga batuk, kahak,
jangkitan usus, demam dan ketidakhadaman. Bunga buah Durian Belanda pula boleh
mengurangkan kahak. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk merawat batu
karang, antisembelit, asid urik dan juga meningkatkan selera makan.
19.Berkesan Melegakan Sakit Belakang
Kini anda boleh
mengucapkan selamat tinggal kepada ubat-ubat tahan sakit yang biasanya diambil
untuk melegakan sakit belakang. Minumlah teh daun buah Durian Belanda. Pastikan
the tersebut merupakan teh yang pekat. Minum lebih kurang ¾ cawan teh pekat
sekali sehari untuk mendapatkan kelegaan yang cepat. Anda juga boleh
menjadikannya ramuan untuk sapuan untuk mengurangkan rasa sakit pada belakang.
20.Rawatan Semula Jadi bagi Arthritis dan Rheumatism
Penggunaan
ramuan ini pada badan dipercayai mampu untuk menghilangkan kesakitan dan
bengkak disebabkan oleh arthritis dan rheumatism. Anda boleh merendamkan hujung
satu kain yang bersih ke dalam teh daun buah Durian Belanda dan telakkan kain
tersebut pada kawasan yang sakit dua kali sehari untuk mendapatkan melegakan
kesakitan.
21.Membantu Mengawal Kandungan Gula dalam Darah
Kajian
menunjukkan bahawa nutiren yang terkandung dalam teh ini dapat membantu
mengekalkan paras gula dalam darah yang merupakan sangat bermanfaat buat mereka
yang menghidapi diametis tahap.
22.Baik untuk Hati Anda
Air teh yang
dibuat daripada daun Durian Belanda diketahui menjadi tonik hati yang bagus.
Selain daripada mengurangkan masalah hati, ia juga bertindak sebagai pelindung
kepada hati. Selain itu, berkesan juga untuk merawat kesan-kesan daripada
jangkitan punci kencing termasuklah batu karang.
Satu Peringatan
Pengambilan teh
Durian Belanda secara berlebihan juga turut memberikan kesan sampingan iaitu
penjejasan fungsi saraf dan akhirnya menyebabkan penyakit Parkinson. Kajian
juga turut mencadangkan agar wanita hamil dan yang menyusukan anak perlu
mengelakkan diri daripada mengambil teh ini untuk menjaga kesihatan mereka.
Durian Belanda : Manfaat kepada Kulit
Kualiti kulit
anda akan menentukan sejauh mana baiknya penampilan anda. Kulit muka yang tidak
berjerawat dan cerah bergantung kepada sejauh mana anda mengambil nutrien dalam
pemakanan anda. Walaubagaimanapun, kekurangan nutiren yang penting serta
terdedahnya kulit kepada bahan kimia dan pencemaran di luar menyebabkan
berlakunya pelbagai masalah kulit.
Buah Durian
Belanda kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang sangat baik untuk kulit.
Maka, berikut merupakan antara kebaikan untuk kulit anda yang diberikan oleh
buah ini.
23.Merawat Kulit Menggelupas
Buah Durian
Belanda memiliki keupayaan penyembuhan yang sangat berkesan. Sapukan daun buah
Durian Belanda kepada kawasan kulit yang menggelupas untuk penyembuhan segera.
Untuk merawat bisul pada kulit gunakan daun ini. Letakkan beberapa helai daun
Durian Belanda yang segar pada tempat yang sakit. Ini akan dapat mengurangkan
kesakitan.
24.Merawat Luka
Bahagian isi buah
Durian Belanda boleh digunakan untuk merawat luka pada bahagian yang terluka
atau tercedera dalam tempoh tiga hari. Semua ini bukan sahaja dapat mempercepat
kadar penyembuhan bahkan juga berupaya menghalang pembiakan bakteria. Selain
itu, dengan menggunakan daun ini juga mampu untuk merawat kaki yang bengkak.
25.Merawat Ekzema dan Masalah lain Kulit
Daun buah Durian
Belanda yang dilumatkan juga boleh menjadi ramuan untuk mengurangkan ekzema dan
penyakit kulit yang lain. Untuk penyakit kusta, boleh diambil jus Durian
Belanda ketka berpuasa.
26.Manfaat anti-Penuaan
Seperti yang
telah dinyatakan sebelum ini, buah Durian Belanda sememangnya kaya dengan
sumber vitamin C dan asid askorbik yang membantu meningkatkan kadar
antioksidan. Antioksidan ini memainkan peranan yang penting dalam melawan
radikal-radikal bebas yang menjadi punca kepada penuaan kulit.Dengan cara
membuang radikal-radikal bebas ini, maka secara tidak langsung akan
menungurangkan tanda-tanda penuaan kulit seperti garis-garis halus, jeragat dan
pigmentasi.
Durian Belanda : Manfaat kepada Rambut
Seperti yang
kita sedia tahu, kesihatan rambut merupakan satu indikasi tentang kesihatan
badan kita. Hal ini disebabkan oleh folikel-folikel rambut memerlukan bekalan
nutrian yang cukup untuk tumbesarannya. Kekurangan sesetengah vitamin yang
penting, mineral dan nutrian akan menyebabkan masalah rambut seperti rambut
menjadi nipis, kelimumur, keguguran rambut, rambut menjadi perang dan
sebagainya. Secara amnya nilai nutrisi yang terkandung dalam buah ini amat baik
untuk rambut yang sihat.
27.Merawat Kutu Kepala
Daun buah Durian
Belanda juga berkesan untuk mengelakkan parasit daripada membiak di kepala.
Kutu kepala merupakan antara parasit yang mudah membiak maka secara tidak
langsung akan menjejaskan kesihatan rambut. Ramuan yang dibuat daripada daun
buah Durian Belanda boleh disapu pada kulit kepala untuk membuang kutu kepala.
Durian Belanda : Nilai Nutrisi
Buah Durian
Belanda mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga vitamin B seperti thiamin,
riboflavin dan niacin begitu juga dengan mineral seperti kalsium, fosforus dan
juga sedikit zat besi. Buah ini terdiri daripada 67.5 % pulpa, 20 % kulit, 8.5
% biji dan 4 % kerak.